Monday, February 12, 2018

PEMBERONTAK

https://hsssnwwwayyya58.blogspot.co.id/2017/12/fathul-qorib-mujib.html 


“فصل”
 ويقاتل أهل البغي بثلاثة شرائط: أن يكونوا في منعة, وأن يخرجوا عن قبضة الإمام, وأن يكون لهم تأويل سائغ ولا يقتل أسيرهم ولا يغنم مالهم ولا يذفف على جريحهم

Fasal 
Pemberontak diperangi denga tiga sarat: 1. Mereka di daerah kekuasaan 2. Hendakklah mereka dikeluarkan dari kekuasaan imam 3. Mereka mudak diatur. Tawanan mereka tidak dibunuh, harta mereka tidak dijarah dan tidak dipercepat sebab melukainya


Arfajah Al-Asyja‘i z
berkata: Aku mendengar Rasulullah n
bersabda:


مَنْ أَتَاكُمْ، وَأَمْرُكُمْ جَمِيْعٌ عَلَى رَجُلٍ وَاحِدٍ، يُرِيْدُ أَنْ يَّشُقَّ عَصَاكُمْ أَوْ يُفَرِّقَ جَمَاعَتَكُمْ، فَاقْتُلُوْهُ

“Siapa yg mendatangi kalian dlm keadaan kalian telah berkumpul/bersatu dlm satu kepemimpinan kemudian dia ingin memecahkan persatuan kalian atau ingin memecah belah jamaah kalian mk perangilah/bunuhlah orang tersebut.”
 

Dalam lafadz lain:

إِنَّهُ سَتَكُوْنُ هَنَاتٌ وَهَنَاتٌ. فَمَنْ أَرَادَ أَنْ يُفَرِّقَ أَمْرَ هَذِهِ اْلأُمَّةِ، وَهِيَ جَمِيْعٌ، فَاضْرِبُوْهُ بِالسَّيْفِ، كَائِنًا مَنْ كَانَ

“Sungguh akan terjadi fitnah dan perkara-perkara baru. mk barangsiapa yg ingin memecah-belah urusan umat ini padahal umat ini dlm keadaan telah berkumpul/bersatu dlm satu kepemimpinan mk penggallah orang tersebut siapa pun dia.”
Takhrij Hadits
Hadits yg mulia di atas diriwayatkan Al-Imam Muslim dlm Shahih- Kitab Al-Imarah Bab Hukmu Man Farraqa Amral Muslimin wa Huwa Mujtama’ no. 1852. Diriwayatkan pula oleh Al-Imam Ahmad dlm Musnad- 4/261 4/341 5/23; An-Nasa`i dlm Sunan- no. 4020 4021 4022 dan Abu Dawud dlm Sunan- no. 4762.
 

Dalam riwayat An-Nasa`i ada tambahan:

فَإِنَّ يَدَ اللهِ عَلَى الْجَمَاعَةِ فَإِنَّ الشَّيْطَانَ مَعَ مَنْ فَارَقَ الْجَمَاعَةَ يَرْكُضُ

“Karena sesungguh tangan Allah di atas tangan jamaah dan sungguh setan berlari bersama orang yg berpisah dari jamaah.”

Makna Hadits

يُرِيْدُ أَنْ يَّشُقَّ عَصَاكُمْ
 
Makna ia ingin memecah-belah jamaah kalian sebagaimana tongkat dibelah-belah. 
Hal ini merupakan ungkapan berselisih kalimat dan menjauh jiwa-jiwa.
فَاقْتُلُوْهُ
dlm lafadz lain:
فَاضْرِبُوْهُ بِالسَّيْفِ
tindakan ini dilakukan bila memang perbuatan jelek itu itu tdk dapat dicegah dan tdk dapat dihentikan kecuali dgn membunuhnya.

َائِنًا مَنْ كَانَ
sama saja baik dia dari kalangan kerabat Nabi n
atau selain mereka dgn syarat pimpinan yg awal memang pantas menyandang imamah ataupun khilafah. Demikian dikatakan Al-Qari sebagaimana dinukil dlm ‘Aunul Ma‘bud .

هَنَاتٌ وَهَنَاتٌ
dlm An-Nihayah disebutkan makna adl kerusakan dan kejelekan. Sedangkan di dlm hadits ini makna kata Al-Imam An-Nawawi t
adl fitnah dan perkara-perkara baru.


B. Perintah Agar Menyertai Majoriti Umat Islam (Sawadhul A’zhom) atau Jamaah
Rasulullah -Shollallahu ‘alaihi wasallam- bersabda:
 
لا يجمع الله هذه الأمة على الضلالة أبدا…يد الله على الجماعة فاتبعوا السواد الأعظم فإنه من شذ شذ في النار

Maksudnya: “Tidak akan Allah himpunkan umat ini ke dalam kesesatan selama-lamanya. Yadd (bantuan) Allah di atas Al-Jamaah. Maka ikutilah As-Sawad Al-A’zhom kerana sesiapa yang syaz (terasing) bererti terasing dalam neraka.” [Hadith riwayat At-Tirmizi, Al-Hakim (no:358), At-Tabrani (Al-Mu’jam Al-Kabir: no: 13461), Al-Baihaqi dalam Al-Asma’ wa As-Sifat dan sebagainya]


Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda yang bermaksud: “…Hendaklah kamu menyertai jamaah (majoriti umat Islam) dan janganlah kamu berpecah (mengikut golongan yang tersesat)…Sesiapa yang mahu menghuni taman syurga, maka hendaklah dia mengikut jamaah” (Hadits riwayat Ahmad, at-Tirmidhi, dan al-Hakim).Telah berkata Rasulullah صلى الله عليه وسلم yang bermaksud:”…Dan sesungguhnya pada jamaah itu ada rahmat, dan pada perpecahan itu ada azab.” Maka berkatalah Abu Umamah al-Bahili: “Hendaklah kamu bersama dengan sawadhul a’zhom”…(Hadits riwayat Imam Ahmad, al-Bazzar dan ath-Thabrani).
  Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda lagi yang bermaksud:”…Aku tidak menyembunyikan sesuatupun (daripada kebenaran). Hendaklah kamu semua bertaqwa dan bersama-sama dengan jamaah. Janganlah kamu berpecah (mengikut golongan yang terkeluar daripada jamaah). Sesungguhnya (dengan keluar dari jamaah) itulah kesesatan. Sesungguhnya Allah سبحانه وتعالى tidak akan menghimpun umat Muhammad dalam kesesatan” (Hadits riwayat ath-Thabrani)
Antara pengajaran-pengajarannya:

Pertama: Hendaklah setiap individu muslim, bersama-sama dengan jamaah (kumpulan orang-orang Islam). Ia merupakan suatu seruan daripada Rasulullah صلى الله عليه وسلم sendiri.

Kedua: Jamaah (kumpulan orang-orang Islam) ini adalah sawadhul a’zhom (majoriti umat Islam) seperti yang dimaksudkan oleh Abu Umamah dalam hadits kedua tersebut. Maksudnya, apabila berlaku perselisihan dan perpecahan dalam umat Islam, maka sawadhul a’zhom (majoriti umat Islam)-lah yang merupakan jamaah Islam (kumpulan umat Islam) yang dimaksudkan oleh Rasulullah صلى الله عليه وسلم.

Ketiga: Sesungguhnya, dengan bersikap menyalahi majorit umat Islam khususnya berkenaan dengan kefahaman-kefahaman dalam aqidah Islam, pada hakikatnya, merupakan suatu kesesatan yang nyata.


C. Ancaman Bagi Mereka Yang Menyertai Kesesatan Golongan Yang Menyalahi Sawadhul A’zhom

Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda yang bermaksud:”Sesungguhnya umat aku (umat Islam) tidak akan berhimpun dalam kesesatan. Jika kamu melihat perselisihan (dalam kalangan mereka), maka hendaklah kamu mengikuti sawadul a’zhom (majoriti umat Islam). Sesungguhnya, sesiapa yang terasing, maka dia akan terasing dalam neraka” (Hadits riwayat Ibn Majah)

Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda lagi yang bermaksud:”…Barangsiapa yang keluar daripada jamaah walaupun sejengkal, maka dia sudahpun memenggalkan agama Islam…” (Hadits riwayat Imam Ahmad)

Dalam hadits-hadits ini, Rasululullah صلى الله عليه وسلم melarang setiap individu muslim daripada keluar daripada kelompok umat Islam, dengan menyalahi aqidah kelompok umat Islam.
Bahkan, Rasulullah صلى الله عليه وسلم juga menegaskan bahawa, orang yang bercanggah dengan jamaah atau menyalahi majoriti umat Islam (sawadhul a’zhom) dalam masalah usul (pokok iaitu masalah aqidah), maka dia dianggap sebagai syaz, iaitu: orang yang terasing ataupun terpinggir daripada kelompok umat Islam.

Adapun orang yang terpinggir (syaz) ataupun kelompok-kelompok yang terpinggir (syawaz kata ramai bagi syaz) yang bercanggah dengan kefahaman murni aqidah sawadhul a’zhom (majoriti umat Islam), akan terpinggir ke dalam neraka juga, na’uzubillah.

Rasulullah صلى الله عليه وسلم juga memberi ancaman keras kepada mereka yang keluar daripada jamaah ataupun keluar daripada manhaj sawadhul a’zhom dalam masalah aqidah terutamanya, dengan memanggil orang yang keluar tersebut sebagai orang yang memenggal agama Islam itu sendiri. Hal ini menunjukkan, betapa beratnya fitnah yang dibawa oleh seseorang itu keluar daripada kelompok sawadhul a’zhom (majoriti umat Islam) kepada agama Islam itu sendiri.


D. Siapakah Jamaah, Sawadhul A’zhom dan Syaz itu?

Di awal zaman Rasulullah صلى الله عليه وسلم, jamaah atau jemaah umat Islam itu jelas, iaitu orang-orang yang memeluk Islam dan berjuang bersama Rasulullah صلى الله عليه وسلم. Namun, setelah kemuncak kecemerlangan Islam di zaman Rasulullah صلى الله عليه وسلم, terbit musuh-musuh Islam dari dalam, samada golongan munafiq mahupun golongan yang mendakwa sebagai nabi-nabi palsu seperti Musailamah al-Kazzab.

Walau bagaimanapun, Rasulullah صلى الله عليه وسلم dan umat Islam berjaya mematahkan musuh-musuh Islam tersebut. Namun, golongan munafiq masih bersembunyi di tengah-tengah umat Islam.
Setelah kewafatan Rasulullah صلى الله عليه وسلم, umat Islam semakin berkembang. Dalam perkembangan yang sama, timbul bibit-bibit awal yang membawa kepada perpecahan dalam umat Islam. Perselisihan dalam umat Islam mula terasa bahangnya pada zaman Saidina Uthman رضي الله عنه dan semakin memuncak pada zaman Saidina Ali كرم الله وجهه

Namun, pada permulaannya, perselisihan hanya berlaku di sekitar aspek politik, yang tidak melibatkan masalah aqidah. Sehinggalah kemuncak kegemilangan para tabi’in, muncul golongan-golongan yang tersalah dalam memahami nash-nash al-Qur’an dan as-Sunnah, sehingga membentuk beberapa golongan bid’ah dalam masalah aqidah iaitu golongan Muktazilah, Jabbariyah, Qadariyah, Mujassimah, Syi’ah dan sebagainya. Mereka inilah golongan-golongan yang terpinggir (syaz) daripada kelompok umat Islam (majoriti umat Islam).

Namun, Allah سبحانه وتعالى masih memelihara umat Islam dengan menyelamatkan aqidah majoriti umat Islam (sawadhul a’zhom), dengan peranan yang dimainkan oleh majoriti ulama’ Islam (golongan al-Asya’irah dan al-Maturidiyah), dalam membenteras fahaman-fahaman sesat golongan-golongan tersebut.

Para ulama’ majoriti umat Islam dari kalangan al-Asya’irah dan al-Maturidiyah inilah yang akhirnya berjuang atas nama, ahlus sunnah wal jamaah, kerana mereka mewakili majoriti umat Islam itu sendiri, yang berdiri di atas kebenaran, sesuai dengan jaminan Rasulullah صلى الله عليه وسلم. [Tersebut didalam kitab Ithaf as-Saadah al-Muttaqin bi Syarhi Ihya` ‘Ulumiddin oleh Sayyid Murthada az-Zabidi:

إذا أطلق أهل السنة فالمراد بهم الأشاعرة و الماتريدية

Maksudnya: Apabila diithlaqkan ahlus sunnah wal jamaah maka yang dimaksudkan adalah al-Asya’irah dan al-Maturidiah]

Para ulama’ ahlus sunnah wal jamaah menentang fahaman muktazilah yang terlalu bebas dalam menggunakan akal sehingga mencemari kesucian wahyu, dan turut menentang fahaman mujassimah dan musyabbihah yang terlalu jumud dalam berinteraksi dengan nash-nash mutasyabihat (kesamaran maknanya) sehingga mencemarkan keagungan sifat-sifat Allah سبحانه وتعالى, takkala mereka menyamakan Allah سبحانه وتعالى dengan makhluk atau mereka menjisimkan Allah سبحانه وتعالى.

Para ulama ahlus sunnah wal jamaah turut menentang fahaman-fahaman lain seperti fahaman syi’ah, jabbariah, qadariyah dan sebagainya yang tidak jauh berbeza dengan golongan-golongan syaz yang lain.

Sebahagian daripada golongan-golongan terpinggir (syaz) tersebut berjaya dihapuskan namun sebahagian golongan yang lain, terus bersembunyi dan menyebarkan fahaman mereka secara tersembunyi, memang bagaikan kelompok yang terasing seperti yang dimaksudkan oleh Rasulullah صلى الله عليه وسلم.

Sebahagian fahaman muktazilah menyelinap masuk ke dalam sebahagian ahli-ahli falsafah Islam sehingga memaksa ulama’ ahlus sunnah wal jamaah membasmi fahaman mereka, seperti yang dilakukan oleh Imam Al-Ghazali رحمه الله..

Bahkan, setelah itu, fahaman golongan mujassimah dan musyabbihah mula diketengahkan semula dalam masyarakat Islam, atas nama yang berbeza yang lebih dikenali dengan golongan hasyawiyah. Ulama’-ulama’ Islam ahlus sunnah wal jamaah yang mewakili golongan sawadhul a’zhom (majoriti umat Islam) turut bertungkus-lumus membendung fahaman ini.
Kekeliruan yang Mengelirukan

Namun, setelah itu, muncul seorang pendakwah yang bernama Sheikh Ibn Taimiyah, yang secara tidak langsung, cuba mempelopori semula fahaman hasyawiyah dan mujassimah ini dalam bentuk yang lebih berhati-hati dan teliti. Beliau membuka semula kaedah-kaedah untuk menjisimkan Allah سبحانه وتعالى. melalui nash-nash mutasyabihat (kesamaran maknanya) daripada Al-Qur’an dan As-Sunnah.

Antara kaedah-kaedah tersebut adalah, beliau menetapkan makna zahir bagi nash-nash mutasyabihat yang membawa kepada makna kejisiman Allah سبحانه وتعالى, sedangkan para salafus sholeh tidak pernah menetapkan sebarang makna bagi nash-nash mutasyabihat tersebut.
Beliau juga menolak konsep ta’wil dan kiasan bagi nash-nash mutasyabihat lalu menuduh golongan majoriti ulama’ Islam sebagai golongan yang menafikan sifat Allah سبحانه وتعالى, padahal tidak sedemikian.

Bahkan, bukan setakat itu sahaja, beliau malah, menyandarkan fahamannya kepada salafus sholeh, dek kerana salah mentafsirkan sebahagian daripada kata-kata para ulama’ salaf, padahal para ulama’ salafus sholeh berlepas tangan darpada fahaman neo-mujassimah beliau.

Beliau turut menolak para ulama’ ahlus sunnah wal jamaah seperti Hujjatul Islam Imam Al-Ghazali yang diterima oleh majoriti ulama’ Islam dan majoriti umat Islam, dan Imam Ar-Razi kerana mereka menolak tajsim bagi Allah سبحانه وتعالى. Ibn Taimiyah dalam banyak karangan beliau seperti dalam buku-buku At-Ta’sis, Risalah Tadmuriyah, Al-Arasy’ dan Fatawa beliau, di mana beliau cuba menetapkan kejisiman bagi Allah سبحانه وتعالى secara tidak langsung. Bahkan, beliau turut mengkritik para ulama’ Al-Asya’irah yang mewakili majoriti ulama Islam dan majoriti umat Islam, sejak 400 tahun sebelum kemunculan beliau, (yang dijamin kebenaran mereka oleh Rasulullah صلى الله عليه وسلم sendiri, berdasarkan hadits “tidak berhimpun umat atas kesesatan…”).

Namun, beliau ditentang hebat oleh para ulama’ ahlus sunnah wal jamaah, dari kalangan al-Asya’irah khususnya, kerana cuba menghidupkan fahaman mujassimah semula, secara tidak langsung.
Setelah itu, sepertimana kebiasaan bagi golongan syaz (terpinggir), fahaman Ibn Taimiyah dan beberapa anak muridnya lenyap seketika ditelan zaman. Golongan al-Hasyawiyah kembali bersembunyi di sebalik golongan athariyah atau para ahli hadits. Namun, golongan athariyah (ahli hadits) ini berbeza dengan muhaddithiin (ulama’ hadits) dari kalangan ahlus sunnah wal jamaah.
Sehinggalah, setelah kemunculah seorang pemuda yang ghairah menghukum, iaitu Muhammad bin Abdul Wahab, beliau cuba menghidupkan semula fahaman Ibn Taimiyah dan turut mengkritik sawadhul a’zhom (majoriti umat Islam) dan menuduh majoriti ulama’ Islam iaitu al-Asya’irah sebagai golongan yang tidak mengikut aqidah salafus sholeh. Beliau cuba memutarbelitkan fakta bagi menipu masyarakat awam Islam, terhadap aqidah salafus sholeh.

Sekali lagi, golongan ahlus sunnah wal jamaah bangkit untuk menangkis fahaman neo-mujassimah yang cuba diketengahkan oleh kebanyakan para pengikut Muhammad bin Abdul Wahab [atau lebih dikenali dengan golongan Wahabi].

Para pengikut Muhammad bin Abdul Wahab mula menyusun dan mengetengahkan semula kaedah-kaedah yang membawa kepada kejisiman Allah سبحانه وتعالى ketika berinteraksi dengan nash-nash mutasyabihat, yang pernah diketengahkan oleh Sheikh Ibn Taimiyah suatu ketika dahulu.
Antara kaedah-kaedah tersebut adalah, menetapkan makna zahir bagi nash-nash mutasyabihat, menolak ta’wil bagi nash-nash mutasyabihat, menetapkan tempat bagi Allah سبحانه وتعالى dan sebagainya, yang mana mereka membuka pintu kesesatan yang lebih besar, daripada pintu yang dibuka oleh Sheikh Ibn Taimiyah.

Malangnya, mereka berdusta ke atas para salafus sholeh, dengan menisbahkan fahaman tajsim (menjisimkan Allah سبحانه وتعالى) mereka kepada para salafus sholeh, sedangkan para salafus sholeh tidak sedemikian kefahaman mereka.

Lebih malang lagi, sebahagian orang-orang awam yang tidak pandai dalam kaedah bahasa Arab, mula terpengaruh dengan fahaman golongan mujassimah moden ini, sehingga sanggup menetapkan kejisiman bagi Allah سبحانه وتعالى, sanggup menetapkan tempat bagi Allah سبحانه وتعالى, sedangkan aqidah sawadhul a’zhom yang dijamin kebenaran mereka oleh Rasulullah صلى الله عليه وسلم itu sendiri, menafikan jisim dan tempat bagi Allah سبحانه وتعالى. Bahkan, aqidah sawadhul a’zhom tidak menetapkan makna-makna zahir nash-nash mutasyabihat tersebut.

Kembalilah Kepada Salafus Sholeh, Neracanya Adalah Sawadhul A’zhom.
Wahai orang-orang awam. Janganlah tertipu dengan sesetengah golongan yang menyeru kepada manhaj salafi, padahal mereka bercanggah dengan sawadhul a’zhom (majoriti umat Islam). Janganlah tertipu dengan olahan dan kefahaman salah mereka terhadap perkataan-perkataan salafus sholeh dan janganlah turut mengikut bid’ah mereka dalam masalah aqidah takkala mereka tersalah dalam memahami nash-nash al-Qur’an terutamanya nash-nash mutasyabihat.

Jauhilah golongan yang terpinggir daripada majoriti umat Islam ini, yang berfahaman tajsim, atas nama salafi padahal salafus sholeh berlepas tangan daripada fahaman mereka. Ukurannya adalah majoriti umat Islam itu sendiri. Sejak sebelum kemunculan Sheikh Ibn Taimiyah dan Muhammad bin Abdul Wahab, sehingga hari ini, sawadhul a’zhom (majoriti umat Islam) adalah golongan ahlus sunnah wal jamaah yang terdiri daripada golongan al-Asya’irah dan al-Maturidiyah dalam masalah aqidah, dan terdiri daripada golongan yang bermazhab Imam Hanafi, Imam Maliki, Imam asy-Syafi’e dan Imam Ahmad bin Hanbal dalam masalah fiqh.

Sesungguhnya, aqidah sawadhul a’zhom (majoriti umat Islam) iaitu golongan al-Asya’irah dan al-Maturidiyah yang menolak kejisiman Allah سبحانه وتعالى, yang menolak tempat bagi Allah سبحانه وتعالى dan sebagainya, merupakan aqidah yang dijamin oleh Rasulullah صلى الله عليه وسلم. Ini janji Rasulullah صلى الله عليه وسلم. Mustahil golongan al-Asya’irah tersesat sedangkan merekalah golongan majoriti umat Islam, sejak sebelum kelahiran Ibn Taimiyah dan Ibn Abdul Wahab lagi.
Nashihat Kepada Golongan Yang Terpinggir (Keluar dari Sawadhul A’zhom)

Janganlah ingkar dengan saranan Rasulullah صلى الله عليه وسلم agar kembali kepada sawadhul a’zhom (majoriti umat Islam). Kembalilah kepada aqidah sawadhul a’zhom dari kalangan salafus sholeh, al-Asya’irah dan al-Maturidiyah. Janganlah kalian keluar daripada kelompok ini, kerana sesiapa yang terpinggir, maka dia akan terpinggir ke dalam neraka, na’uzubillah.

Janganlah bersikap sombong dengan terus membid’ahkan amalan-amalan yang diamalkan oleh sawadhul a’zhom (majoriti umat Islam) seperti amalan menyambut maulid Nabi صلى الله عليه وسلم, amalan berzikir secara berjemaah, bertawassul kepada orang mati dan sebagainya, apatah lagi, ianya masalah yang khilafiyah bahkan diamalkan oleh kebanyakkan umat Islam. Sesungguhnya, umat Islam tidak akan berhimpun dalam kesesatan. Orang yang perasan bahawa majoriti umat Islam telah tersesat ataupun telah melakukan bid’ah, sebenarnya dialah yang telahpun sesat kerana tidak meyakini hadits-hadits Nabi صلى الله عليه وسلم dalam bab ini.

Bertaubatlah kepada Allah سبحانه وتعالى, kerana sesungguhnya Allah سبحانه وتعالى itu Maha Pengampun. Kembalilah ke pangkal jalan, kerana sesungguhnya jalan kebenaran masih terbentang luas, selagi nafas masih di rongga. Rasulullah صلى الله عليه وسلم seorang yang amanah lagi jujur. Jaminan kebenaran bersama dengan sawadhul a’zhom, sesuai dengan janji Baginda صلى الله عليه وسلم. 

Sesungguhnya, mati dalam bersama dengan sawadhul a’zhom itu suatu ketenangan kerana bersama dengan janji kebenaran daripada Rasulullah صلى الله عليه وسلم. Adapun hidup walau dengan bergunung emas sekalipun, tidak akan memberi ketenangan jika memusuhi dan keluar daripada sawadhul a’zhom (majoriti umat Islam).

No comments:

Post a Comment