artinya: Dari Ali bin Abi Thalib r.a. Rasulullah saw. Bersabda: ” Apabila umat ku telah membuat lima belas perkara, maka bala pasti akan turun kepada mereka iaitu: 1. Apabila harta negara hanya beredar pada orang-orang tertentu. 2. Apabila amanah dijadikan suatu sumber keuntungan. 3. Zakat dijadikan hutang. 4. Suami memperturutkan kehendak isteri. 5. Anak derhaka terhadap ibunya, 6. Sedangkan ia berbaik-baik dengan kawannya. 7. Ia suka menjauhkan diri daripada ayahnya. 8. Suara sudah ditinggikan di dalam masjid. 9. Yang menjadi ketua satu kaum adalah orang yang terhina di antara mereka. 10. Seseorang dimuliakan kerana ditakuti kejahatannya. 11. Khamar (arak) sudah diminum di merata tempat. 12. Kain sutera banyak dipakai (oleh kaum lelaki). 13. Para artis-artis disanjung-sanjung. 14. Muzik banyak dimainkan. 15. Generasi akhir umat ini melaknat (menyalahkan) generasi pertama (sahabat). Maka pada ketika itu hendaklah mereka menanti angin merah atau gempa bumi atau pun mereka akan dirobah menjadi makhluk lain”. H.R Termizi Keterangan Dunia pada hari ini telah membuat segala apa yang telah disabdakan Rasulullah saw. ini, cuma mungkin belum sampai ke peringkat akhir.
Monday, December 31, 2012
35. LIMA BELAS MAKSIAT YANG AKAN MENURUNKAN BALA

34. AL QURAN AKAN HILANG DAN ILMU AKAN DIANGKAT
artinya: Dari Huzaifah bin al-Yaman r.a. berkata: Rasulullah s.a.w bersabda; “Islam akan luntur (lusuh) seperti lusuhnya corak (warna-warni) pakaian (bila ia telah lama dipakai), sehingga (sampai suatu masa nanti) orang sudah tidak mengerti apa yang dimaksudkan dengan puasa, dan apa yang dimaksudkan dengan sembahyang dan apa yang dimaksudkan dengan nusuk (ibadat) dan apa yang dimaksudkan dengan sedekah. Dan al-Quran akan dihilangkan kesemuanya pada suatu malam sahaja, maka (pada esok harinya) tidak tinggal dipermukaan bumi daripadanya walau pun hanya satu ayat. Maka yang tinggal hanya beberapa kelompok daripada manusia, diantaranya orang-orang tua, laki-laki dan perempuan. Mereka hanya mampu berkata, “Kami sempat menemui nenek moyang kami memperkatakan kalimat “La ilaha illallah”, lalu kami pun mengatakannya juga”. Maka berkata Shilah (perawi hadis daripada Huzaifah), “Apa yang dapat dibuat oleh La ilaha illallah (apa gunanya La ilaha illallah) terhadap mereka, sedangkan mereka sudah tidak memahami apa yang dimaksudkan dengan sembahyang, puasa, nusuk, dan sedekah”? Maka Huzaifah memalingkan muka daripadanya (Shilah yang bertanya). Kemudian Shilah mengulangi pertanyaan itu tiga kali. Maka Huzaifah memalingkan mukanya pada setiap kali pertanyaan Shilah itu. Kemudian Shilah bertanya lagi sehingga akhirnya Huzaifah menjawab, “Kalimat itu dapat menyelamatkan mereka daripada api neraka” (Huzaifah memperkatakan jawapan itu tiga kali). H.R Ibnu Majah
Subscribe to:
Posts (Atom)